Thursday, November 11, 2010

Creamy Butter Cheese Cake

Actually saya tak pandai sgt nak buat Cheese Cake . Oleh kerana my Baby Anel suka lah sgt cheese cake ni terdetik di hati nak make my own recipe for cheese cake . Masa baked this cake , saya buat 2 kek cheese yang sama rasa cuma berbeza topping nya. menggunakan teknik "water bath" sgt sesuai bagi membuat cake cheese. Tidak lah pakar sgt , saya hanya terbaca di salah sebuah majalah dan menghayati youtube sehingga la saya mencubanya sendiri. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik "baine marie". Air yang meruap di dalam oven(menjadi wap) dan melambatkan penyampaian haba kepada produk . Ia akan masak dengan perlahan tetapi sekata . Teknik ini juga selalu digunakan untuk memasak kek keju , kastard telur dan puding roti .

Selepas menghayati youtube dan beberapa majalah menjadi teman saya sebelum tidur, keesokkannya saya terus memcipta resepi sendiri. "hentam saja!" kekeke tapi hasilnya menjadi juga cheese cake saya. Bezanya dari resepi lain , saya menambah butter dan kepingan cheese bagi menambah rasa .

BAHAN-BAHANNYA:

500g keju krim
100g gula halus
5 keping cheese
4 biji telur
2 camca(besar) tepung jagung
2 camca (besar) tepung naik sendiri
250ml susu low fat milk
125g mentega
1 teaspoon esen vanila
1 camca (besar) susu manis

TOPPING:

125G keju krim
100g mentega
3 keping cheese
70g gula aising
1 camca perahan lemon
50g parutan cheeder


____________________________________

CARA MEMBUATNYA:

1. pukul keju krim , mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.Kemudian masukkan 5 keping cheese dan pukul lagi . Masukkan tepung tepung jagung, tepung berserbuk penaik, susu low fat milk, esen vanila dan susu manis , putar hingga sebati.
3.Tuang bahan adunan tadi ke dlm loyang. balut dan Bakar selama sejam dalam bekas berisi air.
4. Topping: campur keju krim bersama mentega, 2 keping cheese, perahan lemon . Putar hingga kembang dan sapukan krim pada kek bersama parutan cheeder.

No comments:

Post a Comment