Thursday, November 11, 2010

PuDiNg RoTi Pizza

Puding oh puding... saya rasa semua org suka puding kan? :D saya pun suka puding juga. kalau cerita puding yang saya buat ni, ia juga adalah resepi saya sendiri. "PUDING ROTI PIZZA" rasanya ada sedikit seperti pizza , ada juga seperti puding, dan ada sedikit seperti roti yang lembut. Pagi sabtu itu, saya bangun awal kerana ingin mencuba resepi yang saya siapkan di kertas nota resepi sendiri malam sblm ingin membuatnya. Ilham semakin mencurah-curah masa tu, tapi saya hanya mencatitkan di kertas dan ada yang saya belum mencubanya. Walaupun puding roti saya tidak seperti mereka yg lain tapi saya tetap menyukainya. Alhamdulilah setakat ini semua percubaan pertama saya membuahkan hasil yang menarik mungkin kerana saya memulakannya dengan bacaan bismillah di hati. Mula-mula saya ingatkan puding ini tidak menjadi hahaha takut juga perasaan pada masa tu . ya lah, kecewa sangat kalau tak menjadi, Dan.... bila saya tekan suis off pada oven saya wuah......... JADI???? ketawa sendiri dengan menjamu selera bersama family. ingat lagi ibu pesan "next time letak lah hotdog ka... apa2 laa... mesti sedap!" dan ada yang memberi cadangan di Facebook agar saya membuatnya dengan kari.. Thanks semua ...heeee... am sure next time akan mencipta lagi resepi sendiri.

Creamy Butter Cheese Cake

Actually saya tak pandai sgt nak buat Cheese Cake . Oleh kerana my Baby Anel suka lah sgt cheese cake ni terdetik di hati nak make my own recipe for cheese cake . Masa baked this cake , saya buat 2 kek cheese yang sama rasa cuma berbeza topping nya. menggunakan teknik "water bath" sgt sesuai bagi membuat cake cheese. Tidak lah pakar sgt , saya hanya terbaca di salah sebuah majalah dan menghayati youtube sehingga la saya mencubanya sendiri. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik "baine marie". Air yang meruap di dalam oven(menjadi wap) dan melambatkan penyampaian haba kepada produk . Ia akan masak dengan perlahan tetapi sekata . Teknik ini juga selalu digunakan untuk memasak kek keju , kastard telur dan puding roti .

Selepas menghayati youtube dan beberapa majalah menjadi teman saya sebelum tidur, keesokkannya saya terus memcipta resepi sendiri. "hentam saja!" kekeke tapi hasilnya menjadi juga cheese cake saya. Bezanya dari resepi lain , saya menambah butter dan kepingan cheese bagi menambah rasa .

BAHAN-BAHANNYA:

500g keju krim
100g gula halus
5 keping cheese
4 biji telur
2 camca(besar) tepung jagung
2 camca (besar) tepung naik sendiri
250ml susu low fat milk
125g mentega
1 teaspoon esen vanila
1 camca (besar) susu manis

TOPPING:

125G keju krim
100g mentega
3 keping cheese
70g gula aising
1 camca perahan lemon
50g parutan cheeder


____________________________________

CARA MEMBUATNYA:

1. pukul keju krim , mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.Kemudian masukkan 5 keping cheese dan pukul lagi . Masukkan tepung tepung jagung, tepung berserbuk penaik, susu low fat milk, esen vanila dan susu manis , putar hingga sebati.
3.Tuang bahan adunan tadi ke dlm loyang. balut dan Bakar selama sejam dalam bekas berisi air.
4. Topping: campur keju krim bersama mentega, 2 keping cheese, perahan lemon . Putar hingga kembang dan sapukan krim pada kek bersama parutan cheeder.

ChocoLate Chips Cookies

uddenly am feeling so bored that day, masa tu memang teringin sangat nak buat cookies. jenguk-jenguk di rak baking memang ada bahan yang cukup, so? apa lagi mulalah tangan tu gatal nak baking lagi kali ni " Chocolate chip cookies " wah! rasa sebiji macam "Famous Amos" bukan nak memuji diri, tapi mmg sama cuma mungkin perlu perbaiki lagi akan dtg insyalah perfect. My Bro la suka mkn cookies ni.. smpi licin suma dia makan rasanya masa tu buat dalam 2 trip ( 2 talam ) so nicely even 1st time la ni buat cookies hahaha , lucu sebab dulu tak pandai langsung nak buat cookies ni apatah lagi kek... tapi sejak da mampu beli oven khas tuk baking sumer nak cuba. hati tu dok ckp,"cuba la jgn tak cuba.." and all this feeling makes me feel so happy even hati otak saya byk sgt benda bercelaru.Nice hobby i think!

Bahan- Bahan :-

60gm tepung gandum
60gm tepung jagung
150gm mentega
140gm gula perang
100gm coklet chip

1 biji kuning telur
2 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

1. Putar mentega dan gula perang hingga sebati
2. Kemudian masukkan kuning telur, tepung jagung , tepung gandum , serbuk penaik dan serbuk koko
3. Seterusnya, bentukkan bulat dan letak chip coklet dan bakar hingga masak. Sejukkan