Sunday, November 14, 2010

ParatHa Tuna Lasagna

Sempena meraikan DEEPAVALI , kali ini saya memberanikan diri mencipta sesuatu yg lain dari yang lain. PARATHA Tuna LASAGNA. walaupun memerlukan masa membuatnya. tapi alhamdulilah resipe saya sendiri ini berjaya saya lakukan. kelainan dalam Lasagna ciptaan saya ini , saya mengunakan ROTI PARATHA sebagai penganti Lasagna yg sebenar, inilah yg dikatakan menu moden deepavali hehehe. 3 step perlu saya bahagikan , almaklumlah kali pertama memcubanya. saya juga memasukan tema sayur-sayuran dan makanan menyihatkan dalam lasagna saya.

BAHAN-BAHANnya:-

1. ROTI PARATHA
2. tepung jagung
3. serbuk lada hitam
4. Tomato paste
5. Cream Cheese
6. Susu segar/ boleh gunakan susu low fat(saya mengunakan lite milk)
7. Stok ayam
8. Tomato puri
9. Daging cincang / tuna / ayam (saya mencuba tuna)
10. pelbagai jenis sayur-sayuran seperti carot, tomato, salary etc
11. bawang besar,bawang merah bawang putih
12. rempah2 italian(boleh didapati di pasaraya)
13. cheese chedder

STEP 1
~ Membuat BOLOGNISE ~

1. Goreng bawang dan bawang merah (dengan potongan segi-segi)
2. Masukkan bawang putih (yang telah ditumbuk)
3. Masukkan sayur-sayuran pilihan anda
4. Kemudian masukkan daging cincang (saya mengunakan tuna)
5. taburkan sedikit rempah- rempah italian pilihan anda
6. taburkan juga sedikit lada hitam
7. masak sehingga sebati
8. setelah sebati masukkan tomato Puri , tomato paste, tuang segelas stok ayam ke dalam masakkan.
9. tunggu sehingga mendidih dan ketepikan.

_____________________________________________


STEP 2
~ Cheese Souse ~

1. Tuangkan Susu segar (lite milk) 3 gelas ke dalam periuk
2. kemudian masukkan tepung jagung 3 sudu besar , kacau
3. Masukkan juga cream cheese
4. hendakla sentiasa mengaul sos tersebut sehinggalah sos ini kelihatan sedang-sedang pekat dan "creamy" tutup api dan ketepikan.

____________________________________________

STEP 3
~ last step ~

1. susun bertingkat-tingkat seperti berikut :-

a. Bolognise
b. Paratha
c. Bolognise
d. Paratha
e. Sos cheese
f. kemudian taburkan sedikit hirisan chedder diatasnya

selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment