Friday, January 31, 2014

Rendang Ayam - Tanpa Garam Tanpa Santan


Hye semua , Dah lama tak update blog kan? insyallah 2014 ini Adryna akan luang sedikit masa bagi meneruskan menulis blog . Bagi hidangan Rendang Ayam yang serba simple ini , Adryna lebih suka hidangan yang ringkas simple dan semestinya TANPA GARAM dan TANPA SANTAN , cukup memadai bagi seisi keluarga menjamu selera .
BAHAN - BAHAN :
Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Halia
Serai
Rempah Rendang
Sedikit secukup rasa Maggi
Sedikit gula
Daun Kunyit
Air Asam jawa
Ayam
Kerisik
** SIMPLE KAN? **
Cara - Cara Memasak :
1. Kisar semua bawang / lengkuas / halia / serai hingga hancur sebati .
2. Panaskan minyak dan tuang kesemua bahan kisaran tadi .
3. Apabila kelihatan bahan kisaran tadi sedikit berbuih tuangkan pula Rempah rendang. Bagi rempah rendang Adryna menggunakan rempah rendang "ADABI" kerana ianya telah cukup dengan pedas dan rasanya yang amat sebati dan senang dimasak. Bagi mereka yang suka membuat rempah sendiri atau rempah rendang lain adalah terpulang pada individu tersebut .
4. Apabila rendang kelihatan kekuningan dan hampir masak tuangkan air asam jawa tadi selepas itu ayam yang telah dipotong .
5. Biarkan beberapa minit . Selepas itu bolehlah taburkan sedikit secukup rasa maggi (jangan terlalu banyak) dan sedikit gula bagi menanmbah rasa .
6. Selepas 5 minit kedua tuangkan kerisik dan gaul ayam .
7. Biarkan ayam beberapa minit sebaiknya 10 - 20 minit , kacau kacau ayam setiap 5 minit agar rempah tadi meresap ke ayam .
8. Setelah 10minit , Hiris nipis daun kunyit dan gaulkan bersama ayam .
9. Bila ayam kelihatan kering , hidangkan ayam dan siap sedia untuk di makan bersama keluarga .
Semudah ABC kan? dan hidangan ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan lemak di dalam pemakanan seharian . Akhir kata dari Adryna selamat menyambut tahun baru cina bagi semua warga Malaysia ^_^

No comments:

Post a Comment