Friday, August 28, 2015

Udang Galah Masak Stim



Dah lama tak merasa udang yang besar tapak tangan ni , biasanya saya akan order terus dari Sibu Sarawak dan diambil fresh kemudian dibalut fresh terus sebelum dihantar ke airport kepada saya . Walaupun harganya agak mahal tapi isi dia memang lemak tak pernah rasa tak lemak sebiji mcm lobster rasa dia . jadi nak masak apa pun sedap . Kali ni saya masak stim jer mudah .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :

Udang galah 4 ekor
1 biji lemon
1 sudu gula
1 sudu maggi secukup rasa
Daun bawang
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Sos tiram
Seasoning Oil
Asam boi ( kalau tak nak pun boleh )
Segelas Air masak

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Bersihkan udang susun di loyang pengukus , Adryna gunakan periuk ajaib .


2. Potongkan bawang , lemon , halia , daun bawang dan susun secara rawak di atas dan dibawah udang .

3. Masukkan sos tiram , seasoning oil , perahan jus lemon ke , gula , maggi secukup rasa ke dalam mangkuk air masak tadi . Kemudian letak asam boi .

4. Kukus udang tersebut 9minit untuk periuk ajaib , jika pengukus biasa 15 minit dibaluti aluminium foil .

5. kuah akan sedikit meresap disebabkan udang selalunya akan meresapkan kuah , jika inginkan kuah lebih tambahkan air .

Black Pepper Butter Chicken Ball



Sedikit adaptasi di sini , tidak banyak beza daripada masak butter biasa tapi sedikit kelainan itu ada . Sangat mudah . Jom Cuba !

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :-

Chicken Ball (HomeMade / Beli di kedai pun boleh)
1 tin susu cair
250gram Butter
4 sudu serbuk lada hitam
2 sudu gula
1 sudu maggi secukup rasa
Cili padi
Bawang Putih
2 tangkai daun kari
50gram Cheddar Cheese

CARA - CARA MEMASAK :

1. Goreng Chicken Ball garing dan toskan .
2. Masak butter sehingga cair.
3. Masukkan bawang putih , daun kari , secukup rasa maggi , gula dan serbuk lada hitam sekaligus gaul rata bersama butter .
4. Apabila sedikit berbuih , masukkan susu cair dan kacau rata .
5. Kemudian masukkan Cheddar Cheese yang telah diparut .
6. Gaul rata sehingga kelihatan sedikit pekat , masukkan Chicken Ball yang telah digoreng . Gaul sebati , masukkan cili padi . Angkat dan toskan .

Ikan Stim Lemon berkuah Asam Boi



Dulu saya selalu bersangka bahawa masak stim ni amatlah leceh , yerlah nak beli pengukuslah nak rebus lah semua kena ada bagi saya sangat leceh . Tapi tidak kini , malah sekarang 3 4 kali seminggu kena masak menu ni dah jadi macam rutin pula . Saya olah ke resepi saya sendiri , sebab saya sebenarnya tidak suka sangat makan ikan stim / ayam stim bau dia kekadang buat saya mual bila tak kena cara masakkan. Alhamdulilah , disebabkan resipi ini anak teruna saya yang dahulunya tidak pandai menjamah ikan kini hari hari inginkan menu ini sebagai makan malam mahupun tengahari . Semoga resipi ini bermanfaat buat semua .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN : -
Seekor ikan ( ikan apa sahaja asalkan sesuai di masak stim )
Limau kasturi 3 / 4 biji atau 2 biji lemon
Cili padi dihiris nipis (jika tak mahu pedas boleh abaikan)
Daun Limau
1 batang Serai
Bawang Besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 2 ulas
Halia
Kicap cair
Sos Ikan
Sos Tiram
Secukup rasa maggi
Sesoning oil Maggi
2 sudu kecil gula
Asam Boi
Semangkuk air masak
Daun saderi
Daun Bawang
Minyak Bijan

** Jika Suka boleh letak sekali **
Tomato
Carrot
Lada Banggala
Sayur Sawi

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Basuh ikan , lumurkan secukup rasa maggi dan sos tiram ke seluruh ikan tadi . Biarkan selama 3 minit . Adryna suka buat mcm ni supaya ikan tersebut tidak terasa hanyir semasa makan .

2. Sementara itu sediakan periuk ajaib atau periuk pengukus . Adryna lebih suka guna periuk ajaib sebab bila guna periuk ni adryna tak perlu guna aluminum foil atau sediakan air rebusan stim semua tu . Adryna cuma tutup dan ianya seperti pressure cooker sangat cepat dimasak berbanding stimer manual . Periuk Ajaib juga sangat serba guna kita boleh memanggang , stim , goreng , rebus , malah buat pizza dan cake juga boleh , amatlah berbaloi jika ada di dapur kita .

3. Sementara itu , potonglah bawang bawang dan daun daun di atas . Susunkan ikan di periuk ajaib dan taburkan bawang bawang yang dihiris tadi. Anda bolehlah letak lemon di bawah ikan dan di atas ikan agar ikan lebih wangi dan daun bawang serta daun saderi tersebut sumbatkan ke dlm perut ikan . (Jika mengunakan pengukus biasa sediakan aluminum foil dan balut ikan tersebut semasa mengukus .

4. Kemudian , sediakan mangkuk . Campurkan air dengan kicap cair , sos tiram , gula , sesoning oil , sedikit lagi secukup rasa maggi dan perahan air lemon / air limau kasturi . Jika anda inginkan lebih kuah banyakkan air jika ingin pekat kurangkan air. Setelah selesai , tuangkan air tadi ke atas ikan disusuli biji asam boi dan sedikit minyak bijan di serata ikan

5. Jika anda suka , boleh campurka sayur- sayurkan kesukaan anda sebagai penambah selera anda .

6. Untuk periuk ajaib : Hanya Tutup dan Kukus bersama sama dengan kuah hanya 9minit . Untuk pengukus biasa : Kukus selama 25minit , kuah dan ikan dibalut bersama aluminium foil , didihkan air rebusan stimer selama 4 minit sebelum ikan dikukus .

TIPS......!
1. Anda boleh goreng separuh masak ikan sebelum dikukus jika anda sukakan kegaringan , dengan hanya sedikit minyak.

2. Anda juga boleh stimkan sekali udang bersama ikan , udang adalah perasa kepada kuah yang sangat sedap dan menambahkan lagi selera .