Saturday, January 8, 2011

Chinese Chicken Herb Soup

Dah tahun 2011. Wuah.. cepatnya masa berlalu kan. Lama juga tak cooking and baking ni. Since this few days , badan rasa letih, lesu, kurang tido dan cuaca tak menentu badan ni perlu kan makanan yg berkhasiat untuk menjalani kehidupan harian yang sangat sibuk. So, I've been Decided to cook this delicious soup herb "Chinese Chicken Herb Soup" As u all know, saya sangat suka memasak atau membuat sesuatu yang sangat mudah dan sedap. Menu ini bukan sahaja sedap malah kekerapan meminumnya akan menyihatkan dan menguatkan badan.

Dengan campuran herba seperti Dang gui, Yok chor, Chuan xiong , ragi dan sebagainya, ia adalaha halal malah sangat senang dan sesuai diminum seisi keluarga. Saya mula tertarik pada menu ini apabila melihat salah seorang kawan saya(chinese) yg sangat peka terhadap kesihatan diri , beliau sangat obses dengan herba-herba ni. dan saya cuba mencari mencari bahan2 yg halal untuk saya mencubanya.

_______________________________________________________

BAHAN-BAHAN :-

1. 1kg Daging ayam
2. Sudu Kicap soya
3. Garam / Secukup rasa maggi
4. 8 mangkuk air (1.5 liter air)
5. Herba ( Dang gui, Yok chor, Chuan ziong , Ragi) boleh juga didapati dalam bentuk paket di pasaran , pastikan ia ada tanda halal bagi yang berugama islam

CARA-CARA MEMASAK:

1. Bersihkan daging ayam (saya mengunakan ayam chicken wings mudah dan cepat, anda boleh juga menggunakan ayam seperti paha atau dada)

2. Masukkan 8 mangkuk air bersama herba-herba yang telah dikumpul ke dalam periuk

3. selepas air mendidih , masukkan daging ayam,sos tiran, kicap soya, perasa tadi dan gunakan suhu yang sederhana masak selama 30minit .

4. Tambahkan lada putih dan hidangkan

5. Perlahankan api dan masak beberapa minit lagi untuk rasa yg lebih enak