Friday, August 29, 2014

Sambal Sardin


Menu Syawal AFP yang Adryna nak share untuk kali ini walaupun simple dan mudah dibuat tapi pasti membuka selera pada tetamu yang hadir ke rumah semasa rumah terbuka . Sardin? Mengapa Sardin jadi pilihan hati Adryna? Sardin merupakan jamuan yang lebih mudah disediakan dan cepat di masak , kita hampir bosan berkunjung dengan jamuan yang agak berat seperti rendang ayam , masak kurma dan sebagainya apa salahnya kita cuba sardin pula sebagai pembuka selera kita olah kan nya kepada "Sambal Sardin"
SAMBAL SARDIN
Bahan - Bahan :
Sardin dalam tin - Adryna guna jenama AYAM BRAND
Bawang putih
Bawang Merah
Bawang Besar
Halia - 2inc
Air Asam Jawa
Sedikit Gula
Sedikit secukup rasa Maggi
Sos Cili
Sos Tomato
Lada Kisar
Sedikit serbuk kari
Sedikit serbuk lada
Sayur Kacang Belibit
Sedikit Minyak untuk mengoreng
Cili padi - dihiris nipis
CARA - CARA MEMASAK :
1. Tumbuk hancur kesemua bawang kecuali halia .
2. Panaskan Minyak untuk memasak , masukkan kesemua bawang yang telah siap ditumbuk .
3. Apabila naik bau , masukkan halia , lada kisar , serbuk kari , serbuk lada - Kacau rata .
4. Bila tumisan tadi pecah minyak , tuang sardin ke dalam kuali disusuli sos cili dan sos tomato .
5. Dalam kiraan 2 min , masukkan air asam jawa tadi sekaligus masukkan kacang belibit dan cili padi - Gaul rata dan masukkan juga perasa gula dan secukup rasa maggie ke dalam masakkan .
6. Biarkan selama 3 4 minit gaul rata sardin . Apabila Sardin kelihatan sedikit pekat tutup api dan hidangkan bersama nasi panas tentu menyelerakan .
Selamat Mencuba SAMBAL SARDIN - MENU SYAWAL .