Thursday, April 23, 2015

Ikan Goreng Gulai Nenas


Salam semua , sebenarnya menu ni dah lama kita snap dan sediakan tapi masa sangat terhad nk update dalam blog buat semua tatapan blogwalkers sekalian . Resipi kali ni seperti biasa juga ringkas , masam manis pedas tetap ada , di mana tumpahnya darah melayu yer tak kalau tak pedas? Jom kita cuba siapa tahu menu ini akan menambat hati sesiapa sahaja orang tersayang kita bagi hidangan istimewa anda .

Bahan - Bahan :

Ikan Tenggiri dibersihkan dan dipotong
Nenas Adryna gunakan Nenas dalam tin
Bawang besar
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Air Asam Jawa
Secukup rasa Maggi
Garam
Gula
serbuk kunyit
Lada Kisar
Minyak
Sos Cili
Sos Tiram
CARA - CARA PENYEDIAAN :
1. Perap ikan yang telah siap dibersihkan bersama air asam jawa , sedikit garam , sedikit serbuk kunyit . Perapan haruslah 20minit atau 24jam agar rempah meresap ke dalam isi ikan , TIPS!! letakkan lebih perahan air asam jawa jika inginkan warna kehitaman semasa mengoreng dan Adryna suka menggunakan Asam Jawa yg masih mempunyai biji dalam paket lebih sedap berbanding yang instant .
2. Sementara menunggu perapan ikan , sediakan bahan bahan bagi pes masakkan . Masukkan bawang besar , bawang merah , bawang putih , halia , pes lada kisar . Kisar hingga sebati .
3. Goreng ikan hingga kegaringan , angkat dan toskan .
4. Panaskan minyak , masukkan pes yang telah siap dikisar tadi .
5. Apabila pecah minyak , masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram kemudian disusuli air asam jawa , api biar perlahan .
6. Gaulkan hingga rata apabila mendidih sedikit masukkan nenas , gaul lagi hingga pecah minyak dan masukkan sedikit serbuk secukup rasa maggi dan gula .
7. Apabila Mendidih dan kelihatan sedikit pekat , masukkan ikan yang telah siap digoreng sebentar tadi , gaul sebati .
8. Taburkan Cili padi / Lada dan Hirisan bawang besar , jika inginkan lebih kuah tambah air dan gaul rata lagi sehingga mendidih . Angkat dan hidangkan bersama Nasi panas .
Menu ini juga sesuai diganti dengan Ayam mengikut citarasa anda .


** Gambar Versi Ayam Goreng Gulai Nenas **

Selamat Mencuba Semua .