Saturday, November 13, 2010

EGG BAKED POTATO

Resepi yang diberi nama "EGG BAKED POTATO" juga merupakan resepi ilham saya sendiri. Rasa yg agak creamy bersama rasa kentang bakar rasanya menjadikan resepi ini sedap dan sederhana. Sangat senang untuk membuatnya. Dari mana ilham ini dtg? hehehe~ saya pun tak tahu sebenarnya. Saya jadikan juadah ini sebagai minum petang buat santapan seisi keluarga. Tetap menjadikan keju sebagai bahan sampingan. Mesti anda hairan knp saya byk mengunakan keju? Ini adalah kerana my baby sgt suka rasa keju dan sebab saya belajar baking adalah kerana dia(anel) ;-)

BAHAN-BAHAN
1 biji kentang (besar)
5 keping cheese
100g gula ising
250ml susu low fat milk
5 biji telur
1 teaspoon secukup rasa maggi
1 teaspoon Lada sulah
1 teaspoon esen vanila
50g Cheeder (diparut)

____________________________

CARA MEMBUATNYA:

1 Potong kentang , susun di loyang. kemudian taburkan sedikit lada sulah di atas kentang tadi dan susun 5 keping cheese di atas kentang - Bakar selama 10min
2. Sementara menunggu kentang dibakar.. adun telur dan gula ising kemudian masukkan secukup rasa, esen vanila dan susu pukul hingga sebati.
3. Tuang bahan yg dipukul tadi pada kentang yg dibakar kemudia tabur cheeder , bakar hingga kekuningan selama 20-25min

~ SELAMAT MENCUBA~

No comments:

Post a Comment