Monday, September 1, 2014

Cheese Cake Oreo Pudding


Menu Syawal - CHEESE CAKE OREO PUDDING
Alhamdulilah kita bertemu lagi untuk menu syawal yang telah Adryna masak semasa open house ke-2 Adryna yang lalu . Adryna mohon maaf sebab terpaksa upload sedikit demi sedikit kesemua menu yang kawan-kawan tanya melalui laman facebook , termasuklah gambar kenangan bersama semua juga Adryna akan upload di episod blog akan datang . Bukan kedekut cuma tiada keluangan masa yang lebih untuk membuka laptop sejak dua menjak ini , tidak seperti dulu 24 jam menghadap laptop yer tak? Insyallah Adryna akan cuba upload episod demi episod .
Cerita mengenai "CHEESE CAKE OREO PUDDING" ini , recipe ini datang secara tiba-tiba sebenarnya masa memasak Adryna agak padat dengan menu lain yang lebih berat masa itu , aktiviti potong memotong juga banyak perancangan Adryna 2 dessert untuk tetamu yang hadir iaitu Pudding Roti biasa dan Oreo Cheese Cake , melihat jam di dinding mungkin tidak sempat untuk 2 menu dessert ini terfikir sejenak apakah cara paling cepat untuk Adryna buat 2 dessert tapi 1 acuan yang ringkas , mengapa tidak? Dengan ini terhasilah menu ini "CHEESE CAKE OREO PUDDING" .
Tidak banyak beza dengan pudding roti sebelum ini hanya sedikit olahan sahaja yang diberikan , perbezaannya hanya menggunakan cheese yang berkualiti tinggi agar rasanya lebih padat lemak dan berkrim , recipe ini sangat sesuai dimakan semasa panas anda akan merasa kenikmatan pudding bersama cheese dan oreo yang lazat .
Bahan - bahan :
1 bantal roti Gardenia
Cream Cheese - Adryna gunakan Jenama Anchor
250 Butter - Adryna gunakan jenama Anchor 3 biji telur
Susu Full Cream Dutch Lady
Gula Caster - Mengikut citarasa anda
Esen Vanilla
Biskut Oreo - Dikisar halus
Cara - Cara : -
1. Panaskan oven anda 15 minit awal sebelum loyang kek di masukkan dalam oven , menggunakan ketuhar no 2 suhu 200'c .
2. Potong dadu roti dan masukkan sedia kedalam loyang . Taburkan oreo di setiap peringkat roti tadi . 3. Di dalam mangkuk asing , masukkan butter , gula dan cream cheese tadi - putar hingga sebati .
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan 3 tadi - putar lagi hingga kembang . Sedikit tips bagi memutar cream cheese Anchor agar tidak berketul dan gebu adalah tukarkan kelajuan mixer anda pada kelajuan sederhana iaitu no 2 sahaja dan jangan putar terlalu lama serta cream cheese haruslah dalam suhu bilik agar kualiti cheese tidak lari dari masakkan anda .
5. Kemudian , masukkan esen vanilla , putar rata .
6. Dalam mangkuk acuan yang sama , masukkan susu full cream Dutch lady tadi kacau HANYA MENGUNAKKAN SUDU agar cream cheese tadi tidak berketul ketul .
7. Tuang adunan tadi ke atas acuan loyang yang mempunyai roti di step no 2 tadi .
8. Biarkan selama 15min sebelum dimasukkan ke dalam oven , ini bertujuan proses penyerapan kepada roti tadi agar ianya lembut seperti pudding apabila di masukkan ke dalam oven . Sebaiknya disimpan dahulu di dalam peti ais selama beberapa minit .
9. selepas 15 minit , masukkan acuan tadi ke dalam oven bakar selama 30 - 40 minit sahaja .