Sunday, November 14, 2010

JeLLy Cheese Cake

weeehooo.. dah tengahari.. time to bake cake... hari ni jelly cheese cake. cheeese cake lagi.......... hahahaha~ ni la klu dah anak suka kita kenalah masak kan... saya rasa kali ni saya buat sangat mudah tapi rasanya makan masa. sebab kena tunggu jelly tu meresap.Jom!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A
185g mentega
100g gula castor
2 biji telur
10g tepung super fine
___________________________

BAHAN B
250g keju krim
20g gula halus
1 camca teh esen vanila
1 biji telur
__________________________

BAHAN HIASAN
12g serbuk agar-agar segera
75g gula halus
250g air
sedikit pewarna oren

__________________________

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1. Cairkan mentega dan putar bersama gula halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Ratakan doh di dlm tin bakar. Tekap aluminium di atas adunan. Bubuh pemberat di atas kertas aluminium. Bakar pada suhu 180"c, 15 minit.

3. Pukul keju krim bersama gula hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi.

4. Tuang adunan keju di atas adunan A. Bakar pada suhu 160"C selama 40 - 50minit. sejukkan sebelum dihias.

5. untuk hiasan agar-agar, didihkan agar-agar bersama gula, air dan pewarna oren, Tuang agar-agar pada permukaan kek yang sudah disejukkan.

Anel Lunch

Cuba teka! anel pun pandai hias kek hahaha sb dia suka sgt kek cheese terpaksa la saya buat lunch khas buat dia sorang, bayangkan kek saja dia makan tak mau nasi , tak mau benda lain... memang membesar dengan cheese la jawapnya . asalkan dia makan itu dah cukup. buat dlm bentuk love and full of cheese taste juz for HIM...

Simple Cook For my Cuzzy

Its my holiday at Kota kinabalu. Staying at Apartment dengan kelengkapan memasak , complete rasanya, apa lagi masak pon senang lah, cumanya xder garam, xder bawang, bahan2 sumer xder... hehehe... That day, my cuzzy lanna and kikin plan to come and visit me at hotel.. so they request wanna taste my cooked, nak masak lemak cili api gerenti x dpt kekeke so i have decided to cook sayur kubis yg da siap di potong and ayam msk black paper goreng. Sayur da siap kena potong bwng sumer takda... ayam pula saya beli yg separuh dada dan beli perencah maggi black paper, sos tiram yg keci, minyak yg keci dan yg paling utama.... "SECUKUP RASA" semuanya mudah bagi saya NO bawang, NO garam, NO kicap semuanya takda hidup mcm org bujang rasanya.... and it works..! wow! simple and suka tgk kikin mkn habis sepingan nasi penuh, lanna pula terpksa la tapau sebab tak dpt join atas sebab tertentu... its a nice day actually... miss it!

FOR CHICKEN BLACKPAPPER GORENG RECIPE:-

1. Isi ayam
2. 3 cubit secukup Rasa MAggie
3. 1 1/2 sudu kicap manis Adabi
4. 2 sudu sos tiram
5. Paket Blackpapper perencah maggie(ada dijual di pasaran)

Cara Memasak:

1. P0tong isi ayam secara dadu kecil 2cm .

2. Gaulkan bersama 1 1/2 cubit perencah secukup rasa MAggie bersama-sama 1 sudu sos tiram dan 1/2 sudu kicap manis.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam yg digaul sebati tadi dengan api yg panas (quick cook). Harus sentiasa digaul setiap 3 saat . setelah 3 min. kurangkan nyalaan api dan slow cook selama 2 min kemudian tuangkan 1/2 sudu teh sos tiram dan gaul ayam tadi lagi selama seminit dan tutup api . Ini adalah penting agar ayam tadi mempunyai isi yg lembut dalam masakan nyalaan api yg kuat.

4. Asingkan minyak dan tinggalkan minyak yang sama tadi 1/2 sudu teh kemudian tuang semula ayam yg digoreng tadi, selepas 5 saat, tuangkan blackpapper maggie tadi bersama air dan 1/2 sudu teh sos tiram serta kicap manis yg selebihnya dan biarkan mendidih sedikit.

5. Apabila kelihatan mendidih dan pekat angkat dan hidang.

Selamat Mencuba

ParatHa Tuna Lasagna

Sempena meraikan DEEPAVALI , kali ini saya memberanikan diri mencipta sesuatu yg lain dari yang lain. PARATHA Tuna LASAGNA. walaupun memerlukan masa membuatnya. tapi alhamdulilah resipe saya sendiri ini berjaya saya lakukan. kelainan dalam Lasagna ciptaan saya ini , saya mengunakan ROTI PARATHA sebagai penganti Lasagna yg sebenar, inilah yg dikatakan menu moden deepavali hehehe. 3 step perlu saya bahagikan , almaklumlah kali pertama memcubanya. saya juga memasukan tema sayur-sayuran dan makanan menyihatkan dalam lasagna saya.

BAHAN-BAHANnya:-

1. ROTI PARATHA
2. tepung jagung
3. serbuk lada hitam
4. Tomato paste
5. Cream Cheese
6. Susu segar/ boleh gunakan susu low fat(saya mengunakan lite milk)
7. Stok ayam
8. Tomato puri
9. Daging cincang / tuna / ayam (saya mencuba tuna)
10. pelbagai jenis sayur-sayuran seperti carot, tomato, salary etc
11. bawang besar,bawang merah bawang putih
12. rempah2 italian(boleh didapati di pasaraya)
13. cheese chedder

STEP 1
~ Membuat BOLOGNISE ~

1. Goreng bawang dan bawang merah (dengan potongan segi-segi)
2. Masukkan bawang putih (yang telah ditumbuk)
3. Masukkan sayur-sayuran pilihan anda
4. Kemudian masukkan daging cincang (saya mengunakan tuna)
5. taburkan sedikit rempah- rempah italian pilihan anda
6. taburkan juga sedikit lada hitam
7. masak sehingga sebati
8. setelah sebati masukkan tomato Puri , tomato paste, tuang segelas stok ayam ke dalam masakkan.
9. tunggu sehingga mendidih dan ketepikan.

_____________________________________________


STEP 2
~ Cheese Souse ~

1. Tuangkan Susu segar (lite milk) 3 gelas ke dalam periuk
2. kemudian masukkan tepung jagung 3 sudu besar , kacau
3. Masukkan juga cream cheese
4. hendakla sentiasa mengaul sos tersebut sehinggalah sos ini kelihatan sedang-sedang pekat dan "creamy" tutup api dan ketepikan.

____________________________________________

STEP 3
~ last step ~

1. susun bertingkat-tingkat seperti berikut :-

a. Bolognise
b. Paratha
c. Bolognise
d. Paratha
e. Sos cheese
f. kemudian taburkan sedikit hirisan chedder diatasnya

selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

BreaKfast Pizza

Its sunday Morning... Cuaca panas dan saya lapar hehe~ rasanya semua org suka makanan yg simple dan senang dibuat di pagi hari. Juadah bfast saya pada hari ini ialah simple and nice "BREAKFAST PIZZA" takder pen dan kertas saya catitkan hanya ikut gerak hati saya untuk memulakan masakan ini. buka-buka peti ais ada hotdog, ada roti ada telur ok lah saya boleh buat rasanya ... jom! kita telan hahaha

BAHAN-BAHAN :

6 keping Roti (hidangan 6 orang)
2 Biji telur (Digoreng dengan dihancurkan)
3 sudu mayonis
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
4 biji Sosej (dipotong keci-keci)
20g tomato paste
30g tomato puree
sekeping cheese
20g Butter

___________________________________________

CARA-CARA MEMASAK:

1. Susun roti di loyang. Sapukan butter yang dicairkan.

2. Gaulkan telur yang telak dimasak bersama mayonis, masukkan lada sulah dan lada hitam. Kemudian, sapukan di atas roti.

3. Panaskan kuali, masukkan tomato puree dan tomato paste kacau hingga sebati, letak sedikit sesame oil. dan tutup api. dan sejukkan.setelah sejuk, sapukan di atas telur tadi.

4. apabila sos tomato puree dan paste tadi telah diletak di atas roti, susun ikut cara anda sosej yg telah dipotong.

5. kemudian sapukan lagi lebihan sos dan sedikit mayonis di atas sesej tadi .

6. akhir sekali, potong cheese tadi memanjang dan susun di atas sosej . Bakar di oven pada 170"c selama 15min.

saya menghidangnya bersama coaslow... yam! yam! ^_~

Crispy Egg Tart

Recipe from youTube Hong Kong Eggtart. Special for anel. To be honest tangan saya tak terror nak buat Doh . Ntah la knp , pssttt.. this is my 1st time buat tart hahaha.. funny rasanya tapi pengalaman 1st time sentiasa best , masa ni i just awake from sleep and then terus buat berpandukan youTube jer la org tu pun cakap bahasa cina nasiblah kiter faham kan ... So just try and done it. nak kata perfect tu tak la tapi alhamdulilah rasanya agak sedap. so next time wish me luck , bak kata pepatah "budak budak baru belajar la katakan. " its crispy and until now saya terfikir-fikir mcm mana saya buat jadi crispy , so lets try again nest time hihi and wish me luck.

For Pastry:

200g Tepung
50g icing sugar
1 biji telur
100g butter

1. Masukkan tepung , gula dan butter kemudian uli .
2. Masukkan telur uli sebati
3. Adun doh tadi , (2 thumbs) kemudian cucuk mengunakkan garfu pada doh
4. simpan di peti ais selama 30min

Inti -telur

3 biji telur
Susu
Whipping cream
air suam
Esen vanila
white sugar

1. Campukan kesemua bahan inti tadi
2. keluarkan doh dar peti ais dan bentukkan kemudian tuangkan inti
3. bakar selama 20-25min

RainbOw CupCake



kids will love this... warna warni lah kecerian kanak-kanak... masa buat cupcake ni... anel pun turun padang juga kacau-kacau sebab dia suka sangat tengok warna-warni dalam adunan. Its simple and everyone can make it! its only basic, dengan basic jugalah saya dapat praktik kan cara membuat kek...

BAHAN-BAHAN:

280g Mentega
280g Tepung bersebuk penaik
260g Gula kastor
50ml Susu sejat
5 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu kecil oren emulco
sedikit pewarna (pilihlah warna kegemaran anda)

_______________________________________________

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
4. Kemudian curahkan susu.
5. Ruang esen vanila. Pukul Hingga rata.
6. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda dan biarkan bakinya warna asal.
7. Sapukan mentega ke dalam acuan.
8. Tuang sedikit berselang seli warna ke dalam bekas acuan dan bakar di dalam ketuhar 180"c selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

Marble Cake


BAHAN - BAHAN :

250gm Butter
250gm Gula Castor
100gm Madu
250gm tepung kek
5 biji telur
6gm serbuk penaik
20gm serbuk koko

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega bersama madu dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
3. Kemudian masukkan tepung kek bersama serbuk penaik dan kacau rata hingga menjadi doh.
4. Setelah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dengan satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asli.
5. Tuangkan kedua-dua adunan ke dalam acuan dan gunakan lidi utk mencorak marble.
6. Bakar pada suhu 170'c selama 40minit.

Carrot Cake



BAHAN-BAHANYA:

250g Butter
270g Gula castor
3 biji telur
1 1/2 camca esen vanila
350g tepung bersebuk penaik
1 1/2 soda bikarbonat
275ml susu segar
3/4 camca teh garam
1 camca besar parutan lobak merah

CARA MEMBUAT;-

1.Masukkan Butter dan gula castor. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji pukul lagi hingga kembang. Masukkn lobak, garam, soda bikarbonat, esen vanila dan tuangkan sedikit demi sedikit tepung. Pukul selama 3 minit pada kelajuan tinggi.

2. Bakar pada suhu 170''c , 30 - 35minit.

______________________________________________

TOPPING;-

125g keju
100g mentega
70g gula aising
1 camca besar perahan limau