Monday, February 24, 2014

Ikan Tenggiri Ala Asam Laksa Kari Garing



Selamat Berhari Isnin , hari ini ingin berkongsi dengan berbahasa Melayu la pula hihi ... Saya kekadang menulis mengikut mood tidak pasti mengapa dan bukan kerana saya fasih berbahasa "ORANG PUTIH" seperti penulis lain tetapi memang mood saya macam tu jadi saya harap janganlah dispekulasikan apa yang saya kongsi di blog ini .

Bercerita mengenai Ikan pada menu kali ini , saya bukanlah seorang yang bijak memasak dan saya juga bukan seperti chef chef amatur yang berada di luar sana saya mempunyai satu niat yang sangat mendalam iaitu "MEMASAK , BERKONGSI DENGAN KASIH SAYANG DARI HATI " prinsip itu saya selalu pegang namun manusia zaman kini selalu menyalah tafsir niat seseorang itu .

IKAN , Siapa agaknya tidak suka ikan ? Tambahan lagi IKAN TENGGIRI yang sangat lemak rasanya padat dengan isi yang manis sangat sedap bila digoreng , dan sedap bila di masak kari betol tak? Namun yang demikian , ada sesetengah orang di luar sana sukakan kegaringan dalam masakan kerana tidak pandai memakan ikan yang agak lembek jika dimasak berkuah . Dengan ini , saya telah mengubah dan mengolah resipi IKAN TENGGIRI kali ini dan di atas permintaan ramai saya kongsikan bersama . Rasa lauk ini mempunyai kegaringan pedas masam manis dan kuah ala asam laksa . Jom cuba !!


" IKAN TENGGIRI ALA ASAM LAKSA KARI GARING "

Bahan - bahan :


1. Ikan tenggiri - dipotong mengikut citarasa anda /
2. sedikit kari rempah Babas
3. sedikit rempah kunyit
4. Lada Kisar
5. Daun Kari
6. sedikit air asam jawa dan dibuang bijinya
7. sedikit sos tomato
8. secubit garam
9. secubit gula
10. sedikit air masak
11. Bawang besar - dihiris
12. Bawang putih - dihiris nipis


Cara - Cara Memasak :

1. Ikan tenggiri yang telah siap dipotong hendaklah dilumur dan diperap sebelum mengoreng biarkan 20min atau semalaman untuk menghasilkan perapan yang menarik di dalam ikan tersebut .

2. Goreng ikan sehingga garing - angkat dan tos kan .

3. Di dalam kuali yang sama , kurangkan minyak mengoreng tadi goreng bawang besar dan bawang putih tadi hingga kekuningan , masukkan lada kisar , rempah kari , rempah kunyit tadi dan gaul rata .

4. Setelah beberapa saat , masukkan air asam jawa dan gaul lagi .

5. Api dibiarkan dalam keadaan sederhana , kemudian masukkan sos tomato - gaul rata .

6. Seterusnya Masukkan ikan yang siap digoreng tadi gaul rata bersama kuah yang di masak tadi .

7. Tuangkan sedikit lagi air masak untuk menghasilkan sedikit kuah di dalam ikan tersebut , dan bolehlah kita menabur sedikit garam dan sedikit gula bagi menambah rasa .

8. Biarkan mendidih selama 2 min , taburkan daun kari apabila kelihatan merah dan kepekatan sedikit tutup api dan lauk boleh lah dihidang bersama nasi yang panas .

Selamat menjamu selera semua .