Thursday, September 22, 2016

Gulai Telur Sedap



GULAI TELUR SEDAP

Menu simple ini merupakan menu yang sangat mudah malah sangat berkhasiat tersendiri . Kelihatan simple tetapi ianya sangat sedap dimakan dan boleh diamalkan pada mereka yang sedang berdiet atau berdiet atkins , ianya bukan sangat mudah dimasak malahan sangat menjimatkan masa .

Bahan - Bahan yang diperlukan :

* 2 biji Telur
* Sayur kacang buncis
* Bawang merah
* Daun Bawang Kucai
* Sedikit garam
* Minyak untuk memasak

Cara - Cara Memasak :

1. Sama seperti mengulai sayur mudah sahaja , panaskan sedikit minyak , tumis hingga wangi bawang merah hingga garing dan naik bau .
2. Kemudian masukkan Sayur kacang dan sekalikan dengan Daun kucai bawang tadi , gaul rata .
3. pecahkan telur di mangkuk dan kacau rata seperti hendak mendadar telur, setelah itu masukkan ke dalam kuali kacau kacau rata telur hingga kelihatan gebu bersama sayur sayur tadi .
4. Apabila kelihatan sedikit kering , masukkan garam sesedap rasa . Jika anda inginkan kuah dalam hidangan ini anda bolehlah letak sedikit air agar berkuah jika inginkan kering tidak perlu letak air .

** Hidangan ini juga boleh dicampur dengan bahan bahan lain ikut kesukaan anda , seperti isi ayam , sosej , daging , fishball , sayur sayuran lain seperti kubis putih daun kubis , sayur manis , sawi , lada benggala dan pelbagai lagi mengikut selera anda .
** Adryna memilih Daun bawang kucai kerana Daun ini mempunyai banyak khasiat tersembunyi.

Khasiat Daun Bawang Kucai : -
1. Mencegah sembelit
2. Mencegah kanser
3. Menurunkan tekanan darah dan kolesterol dalam darah
4. Mengatasi masalah kulit
5. Membantu mengatasi jerawat
6. Membantu dalam masalah sembelit
7. Menurunkan berat badan

Dan banyak lagi khasiatnya kepada kita . Selamat mencuba kerana memasak itu sangatlah mudah dan semoga penulisan ini bermanfaat pada semua .

Wednesday, September 21, 2016

Cheezy Meat Bolognese with bread



Hello Semua ,
Makanya pagi ni sangatlah teringin nak makan western ni. Kalau dah berada di rumah WP Labuan memang saya akan masak sepanjang masa kalau lapar . Melainkan saya outstation jadi banyak masa akan berada di luar dan makan semestinya di luar juga bersama rakan kongsi , rakan perniagaan saya dan client client serta team team saya .
Hari ni Adryna akan berikan resepi Cheezy Meat Bolognese with bread . Dijadikan cerita semasa bulan ramadhan lepas inilah menu Adryna sahur . Sebenarnya tak susah pun sangat senang tau ! Malah sangat sedap dimakan dan mengenyangkan .

Bahan - Bahan diperlukan .
*Sauce Bolognese ( Apa apa brand pun boleh )
*Daging Cincang
*Sedikit Garam
*Sedikit serbuk oregano
*Sedikit Lada sulah
*Butter
*Bawang besar dipotong dadu
*Roti
*sedikit air
*Mozarella Cheese
*Daun Kucai ( Jika tak suka boleh abaikan )

Cara - Cara Memasak .
1. Panaskan butter , masukkan bawang dan daging .
2. Tumis hingga naik bau , masukkan serbuk oregano , garam dan lada sulah . Kacau rata .
3. Apabila dah naik bau , masukkan sauce bolognese tadi dan tuangkan sedikit air , Kacau rata . Bila dah sedikit berbuih , Tutup api dan biarkan seketika .
4. Panaskan oven , Suhu 180c .
5. Tuangkan Sauce Oregano tadi ke pinggan kesukaan anda , taburkan Mozarella cheese di atas sauce tadi seberapa banyak yang anda suka yer , lebih banyak lebih sedap tau ! Jadi jangan lokek cheese .
6. Disebabkan Adryna kehabisan stok garlic butter spread jadi Adryna taburkan Daun kucai di atas sauce tadi rasa tu memang tak lari seperti memakan garlic bread .
7. Setelah oven panas , masukkan sauce oregano tadi dan masak sehingga 10min sahaja .
8. Sementara Sauce masak di oven , Spreadkan roti dengan butter dan panaskan samada grill atau teknik tos pun boleh terpulang , jika ada garlic butter boleh sapukan pada roti lagi sedap tau !
9. 10 min berlalu , keluarkan sauce tadi dan hidangkan bersama roti butter tadi dan siap sedia untuk dimakan .

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat anda semua .

Tuesday, September 8, 2015

AYAM PANGGANG BERKUAH KARAMEL BIJAN



Hello semua #Blogwalking ....
Resipi baru kali ni nak bagi nama " AYAM PANGGANG BERKUAH KARAMEL BIJAN " , sebenarnya dah tak tahu nak bagi nama apa . Tapi asal ada lah yer ... Resipi ni memang mudah , yang membezakan rasanya sedap atau tidak ialah si tukang masak tersebut yerlah.... kata orang tua tua hasil masakan yang sedap datangnya dari siapa yang memasak masakan tersebut betol tak? Saya hanya salurkan idea dan resipi selebihnya terpulang kepada keihlasan hati anda memasak dengan penuh kasih sayang . Jom cuba dan semoga bermanfaat buat anda di luar sana .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN : -

AYAM ( CHICKEN WINGS )
Maggi Secukup Rasa
2 sudu Madu
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis pekat
Pes Asam Jawa
Halia
Bawang putih
Minyak Bijan
Lada sulah
Seasoning Maggi

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Tumbuk Halia dan bawang putih dan lumurkan rata bersama ayam .
2. Masukkan kesemua rempah ratus dan bahan bahan sama rata bersama ayam , perap sehari semalam / 24 jam .
3. Panaskan pemanggang , Adryna Gunakan pemanggang ajaib .
4. Titiskan sedikit minyak ke atas pemanggang supaya ayam tidak melekit .
5. Panggang ayam yang diperap , balik balikkan 3 minit sekali agar ayam tidak hangus dan masak sama rata di dalamnya .
6. Apabila aroma bau ayam telah naik dan kelihatan masak bolehlah angkat .

**UNTUK KUAH KARAMEL BIJAN**

7. Setelah selesai memanggang , minyak ayam akan kelihatan berbekas di pemanggang jangan basuh . Sediakan sedikit air campurkan 1 sudu sos tiram , minyak bijan madu dan kicap pekat manis kacau sebati dan tuang di atas pemanggang yang tadi dengan api perlahan kacau sebati apabila kelihatan berbuih dan sedikit pekat tutup api dan tuangkan terus di ayam yg telah dipanggang tadi .

Hidangan panggang ini juga sangat sedap bersama kambing , Sosej , dada ayam , daging mengikut citarasa masing masing .

Selamat mencuba semua .

Friday, August 28, 2015

Udang Galah Masak Stim



Dah lama tak merasa udang yang besar tapak tangan ni , biasanya saya akan order terus dari Sibu Sarawak dan diambil fresh kemudian dibalut fresh terus sebelum dihantar ke airport kepada saya . Walaupun harganya agak mahal tapi isi dia memang lemak tak pernah rasa tak lemak sebiji mcm lobster rasa dia . jadi nak masak apa pun sedap . Kali ni saya masak stim jer mudah .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :

Udang galah 4 ekor
1 biji lemon
1 sudu gula
1 sudu maggi secukup rasa
Daun bawang
Halia
Bawang putih
Bawang besar
Sos tiram
Seasoning Oil
Asam boi ( kalau tak nak pun boleh )
Segelas Air masak

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Bersihkan udang susun di loyang pengukus , Adryna gunakan periuk ajaib .


2. Potongkan bawang , lemon , halia , daun bawang dan susun secara rawak di atas dan dibawah udang .

3. Masukkan sos tiram , seasoning oil , perahan jus lemon ke , gula , maggi secukup rasa ke dalam mangkuk air masak tadi . Kemudian letak asam boi .

4. Kukus udang tersebut 9minit untuk periuk ajaib , jika pengukus biasa 15 minit dibaluti aluminium foil .

5. kuah akan sedikit meresap disebabkan udang selalunya akan meresapkan kuah , jika inginkan kuah lebih tambahkan air .

Black Pepper Butter Chicken Ball



Sedikit adaptasi di sini , tidak banyak beza daripada masak butter biasa tapi sedikit kelainan itu ada . Sangat mudah . Jom Cuba !

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :-

Chicken Ball (HomeMade / Beli di kedai pun boleh)
1 tin susu cair
250gram Butter
4 sudu serbuk lada hitam
2 sudu gula
1 sudu maggi secukup rasa
Cili padi
Bawang Putih
2 tangkai daun kari
50gram Cheddar Cheese

CARA - CARA MEMASAK :

1. Goreng Chicken Ball garing dan toskan .
2. Masak butter sehingga cair.
3. Masukkan bawang putih , daun kari , secukup rasa maggi , gula dan serbuk lada hitam sekaligus gaul rata bersama butter .
4. Apabila sedikit berbuih , masukkan susu cair dan kacau rata .
5. Kemudian masukkan Cheddar Cheese yang telah diparut .
6. Gaul rata sehingga kelihatan sedikit pekat , masukkan Chicken Ball yang telah digoreng . Gaul sebati , masukkan cili padi . Angkat dan toskan .

Ikan Stim Lemon berkuah Asam Boi



Dulu saya selalu bersangka bahawa masak stim ni amatlah leceh , yerlah nak beli pengukuslah nak rebus lah semua kena ada bagi saya sangat leceh . Tapi tidak kini , malah sekarang 3 4 kali seminggu kena masak menu ni dah jadi macam rutin pula . Saya olah ke resepi saya sendiri , sebab saya sebenarnya tidak suka sangat makan ikan stim / ayam stim bau dia kekadang buat saya mual bila tak kena cara masakkan. Alhamdulilah , disebabkan resipi ini anak teruna saya yang dahulunya tidak pandai menjamah ikan kini hari hari inginkan menu ini sebagai makan malam mahupun tengahari . Semoga resipi ini bermanfaat buat semua .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN : -
Seekor ikan ( ikan apa sahaja asalkan sesuai di masak stim )
Limau kasturi 3 / 4 biji atau 2 biji lemon
Cili padi dihiris nipis (jika tak mahu pedas boleh abaikan)
Daun Limau
1 batang Serai
Bawang Besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 2 ulas
Halia
Kicap cair
Sos Ikan
Sos Tiram
Secukup rasa maggi
Sesoning oil Maggi
2 sudu kecil gula
Asam Boi
Semangkuk air masak
Daun saderi
Daun Bawang
Minyak Bijan

** Jika Suka boleh letak sekali **
Tomato
Carrot
Lada Banggala
Sayur Sawi

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Basuh ikan , lumurkan secukup rasa maggi dan sos tiram ke seluruh ikan tadi . Biarkan selama 3 minit . Adryna suka buat mcm ni supaya ikan tersebut tidak terasa hanyir semasa makan .

2. Sementara itu sediakan periuk ajaib atau periuk pengukus . Adryna lebih suka guna periuk ajaib sebab bila guna periuk ni adryna tak perlu guna aluminum foil atau sediakan air rebusan stim semua tu . Adryna cuma tutup dan ianya seperti pressure cooker sangat cepat dimasak berbanding stimer manual . Periuk Ajaib juga sangat serba guna kita boleh memanggang , stim , goreng , rebus , malah buat pizza dan cake juga boleh , amatlah berbaloi jika ada di dapur kita .

3. Sementara itu , potonglah bawang bawang dan daun daun di atas . Susunkan ikan di periuk ajaib dan taburkan bawang bawang yang dihiris tadi. Anda bolehlah letak lemon di bawah ikan dan di atas ikan agar ikan lebih wangi dan daun bawang serta daun saderi tersebut sumbatkan ke dlm perut ikan . (Jika mengunakan pengukus biasa sediakan aluminum foil dan balut ikan tersebut semasa mengukus .

4. Kemudian , sediakan mangkuk . Campurkan air dengan kicap cair , sos tiram , gula , sesoning oil , sedikit lagi secukup rasa maggi dan perahan air lemon / air limau kasturi . Jika anda inginkan lebih kuah banyakkan air jika ingin pekat kurangkan air. Setelah selesai , tuangkan air tadi ke atas ikan disusuli biji asam boi dan sedikit minyak bijan di serata ikan

5. Jika anda suka , boleh campurka sayur- sayurkan kesukaan anda sebagai penambah selera anda .

6. Untuk periuk ajaib : Hanya Tutup dan Kukus bersama sama dengan kuah hanya 9minit . Untuk pengukus biasa : Kukus selama 25minit , kuah dan ikan dibalut bersama aluminium foil , didihkan air rebusan stimer selama 4 minit sebelum ikan dikukus .

TIPS......!
1. Anda boleh goreng separuh masak ikan sebelum dikukus jika anda sukakan kegaringan , dengan hanya sedikit minyak.

2. Anda juga boleh stimkan sekali udang bersama ikan , udang adalah perasa kepada kuah yang sangat sedap dan menambahkan lagi selera .

Saturday, August 22, 2015

Blackpepper Chicken



Kalau nak cerita masak blackpepper ni semua orang akan suka kan ? Fuh !! masak apa pun sedap kalau kena dengan selera . Kalau bukan ayam , daging lembu dan kambing pun sedap tau !! Tapi dalam peti ais Adryna masa nak masak blackpepper ni cuma ada ayam . Jadi kalini Adryna share guna ayam dahulu . Mungkin cara Adryna masak ada sedikit kelainan ataupun biasa bagi anda di luar sana yang ingin mencuba tapi rasa tu tetap sedap insyallah .

BAHAN - BAHAN DIPERLUKAN :

** UNTUK AYAM **
300 gm dada ayam – dipotong ikut cita rasa
30 gm kicap pekat manis
30 gm sos tiram
20 gm seasoning oil maggi
20 gm serbuk kunyit
Sedikit Secukup rasa maggi

** UNTUK KUAH BLACKPEPPER **
2 sudu lada hitam yang telah ditumbuk halus
2 sudu sos tiram
2 sudu kecil tepung jagung
2 sudu kecil kicap pekat manis
sedikit air (jika anda mahukan kuah lebih / tidak perlu jika inginkan kepekatan )

** Lain - lain **
Lada benggala ( Jika suka )
cili potong ( Jika suka )
Daun bawang dipotong 1 inc
100 gm bawang besar - dimayang
50 gm bawang merah - dimayang
50 gm bawang putih - dimayang
50 gm halia - dimayang

CARA - CARA MEMASAK :

1. Perap ayam selama 15 minit . ( Lumur hingga rata dengan bahan bahan ayam ) .
2. Kemudian goreng separuh masak dengan sedikit minyak .
3. Tumis bawang merah, bawang putih,bawang besar, halia , cili , lada banggala selama 2 min.
4. Masukkan bahan - bahan kuah blackpapper , gaul sebati .
5. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata .
5. Masukkan Daun bawang dan gaul lagi .
6. Jika anda sukakan kuah yang lebih bolehlah tambah sedikit air masak hingga sedikit mendidih , jika anda inginkan kepekatan tidak perlu air pun sudah memadai .

Oleh kerana Adryna telah lumur perapan ayam tadi dengan bahan-bahan yang cukup rasanya jadi semasa memasak tidak perlu letak garam lagi .

Oh ya , nak kongsi sekali 1 bahan yang mungkin berbaloi bagi mereka yang bujang di luar sana jika ingin memasak Blackpepper ni ialah perencah blackpepper jenama maggi . Kalau rasa - rasa nak masak cepat , tak cukup budget nak beli bahan yang banyak beli sahaja perencah maggi ni memang berbaloi dan sedap tau !!


Selamat mencuba semua .