Sunday, March 27, 2011

My Homemade Chocolate CheeseCake

Credit to Aeda. And thanks for the order for this cake. Alhamdulilah she love the cake yang tak seberapa ini. Sunday schedule was all about cooking. And thanks allah , day by day giving me the idea for everything that i made goes well as i wish and i pray. Reading is not enough as need to be practically do it with more confident and of course with lots of the love , i think that is the most important key for cooking in the kitchen and also baking. Love is so tender, the way we bake it as pure as our heart , the best we make it better for other.

This cake is actually a recipe from Nigella recipe book but i've made some changes from the recipe as usual i love to made in my way. Kinda worry a bit it become marbling a bit while in the oven but its ok for the last result is better as am using the water bath technique to smooth it over after last 10 minute later. That was me always giving my 1st try for my cheese baking recipe . Funny thought even got a such good recipe book but i still wanna try my own way.

Again thanks to aeda for the order and Such a wonderful Sunday Morning ♥ ♥

Sunday, March 6, 2011

Blueberry Yogurt Cheesecake

Dah lama tak buat cake. rasanya dekat juga 2 bulan, saya kurang sihat beberapa bulan ni rindu pula nak baked cheesecake. Seperti biasa, saya beranikan diri lagi buat resepi baru, inginkan kelainan dalam perisa cheesecake hari ni. "BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE"

Seperti biasa chef kicik saya selalu ada di sisi saya untuk assist saya hihi~ suka la dia tu sebab permintaan dia tertunai juga akhirnya setelah sekian lama saya berehat untuk buat kek kegemaran dia. saya tidak mengunakan blueberry jem atau buah seperti mana yg dibuat oleh kebanyakan org kelainan kali ni saya menggunakan yogurt sebagai ganti.

Jom kita buat....

Bahan Dasar:

50g mentega dicairkan
20 keping biskut marie, dihancurkan / dikisar halus

Bahan inti:
250g keju krim
100g gula halus
2 biji telur, asingkan kuning dan putihnya
1 camca esen vanila
1 camca krim tartar
2 camca pes lemon
250g yogurt perisa blueberry
20g tepung jagung
20g tepung optima
50g gula halus
Cara membuatnya;

1. Campur mentega cair dan biskut marie. tekan pada dasar loyang (yang mudah dibuka kelilingnya). Sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam.

2. Pukul keju krim bersama gula halus sehingga gebu. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil dipukul perlahan.

3. Masukkan esen vanila, pes lemon, krim tartar diikuti kedua-dua tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan.

4. Masukkan yogurt , pukul sederhana sehingga adunan pekat sedikit ketepikan .

5. sementara itu, pukul laju putih telur bersama gula(50g) di dalam mangkuk lain sehingga gebu .

6. Tuang adunan putih telur di dalam adunan tepung, kacau secara kaup balik.

7. bakar menggunakan teknik bain marie (double boiler) sehingga masak selama 60min , 180d

Saturday, March 5, 2011

Telur Masak Lemak Cili Api

Special Cook for dear "dady" happy birthday to u 03032011 and permintaan my dad nak makan telur masak lemak cili api ala masakkan nenek kat johor katanya. huh.... harapan tinggi nak dapat skill masakan nenek kat johor yang memang power giler masak lemak cili apinyer memang thumbs up la kalau nenek yang masak teringat kembali bibir saya akan jadi merah gebu kalau makan masakkan nenek .

Even tak buat kek tuk "dady" tapi hari tu dia makan sungguh selera sampai dua pinggan penuh he said , he only want to taste my cook masak lemak other than everything and alhamdulilah saya menyempurnakannya. walaupun saya masak simple 2 jenis (telur masak lemak dan ayam goreng tepung) saja tapi rasanya hari itu adalah hari yg sangat membahagiakan bila kita melihat orang yang kita sayang makan dengan sungguh selera.
Bahan-bahan telur masak lemak cili api :

a. Bahan kisar
12 biji cili api hijau dan merah
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
1 biji bawang besar
2 ulas batang serai

b. bahan lain
10 biji telur mata
semangkuk santan - cair
setengah mangkuk santan - pekat
10 biji perahan limau kasturi
2 ulas asam keping
2 sudu serbuk kunyit

Cara memasak:-

1. Goreng bahan-bahan dikisar tadi ke dalam kuali sehingga kekuningan. Masukkan serbuk kunyit.
2. Masukkan santan cair , api perlahan dan tunggu mendidih .
3. masukkan telur sebiji demi sebiji selang seminit. kemudian tuang lagi santan pekat .
4. apabila mendidih sedikit, letak la perisa, gula dan garam. tunggu 3 minit kemudian tuang air perahan limau kasturi tadi .
Bahan- bahan ayam goreng tepung ;

500g chicken wing
2 biji telur
tepung paket segera ADABI
1 sudu lada hitam dan lada sulah

Cara memasak:

1. bersihkan ayam . gaul bersama lada sulah dan lada hitam.
2. kemudian pukul telur dan tuangkan ke dalam ayam tadi , gaul rata.
3. celupkan ke tepung ADABI dan goreng hingga kekuningan.

Monday, February 14, 2011

Maggi Sweet And Sour lemon Chicken

Bahan-bahan:

500g isi ayam
2 sudu sos tiram maggi
1 1/2 sudu secukup rasa maggi
2 sudu sos tomato
sedikit kulit lemon dihiris
sedikit air perahan lemon
Instant Maggi Sweet and Sour

Cara-cara memasak:-

1. Potong isi ayam secara dadu , gaulkan dgn sedikit perencah secukup rasa maggi selama 3 minit.
kemudian goreng ayam hingga kekuningan ketepikan.

2. Masak kuah - Masukkan perencah sweet and sour maggi tadi bersama air , api perlahan, tungguh mendidih sedikit kemudian masukkan sos tiram , sedikit perencah secukup rasa, sos tomato , dan air perahan lemon tadi .

3. masukkan isi ayam yg telah digoreng tadi , kemudian taburkan hirisan lemon dan hidang .

senang kan?? selamat mencuba semua.

Friday, February 11, 2011

Nasi lemak Masjid Labuan

Selamat pagi.. yiiiiiiiiiiiiiipiiii! pagi ni saya makan NASI LEMAK. Rasanya zaman sekarang sangat susah nak cari nasi lemak yang rasa seperti nasi lemak kampung. walaupun tak dibaluti daun pisang rasa lemaknya sesuai , begitu juga sambalnya. telur dan saya menambah ayam sebagai tambahan menu ini. sambalnya yg tak manis dan tak masin sesuai dengan selera saya dan tak juga pedas. Lemak di nasi juga sesuai sangat. sekali saya mencuba rasa nak hari-hari mencuba alahai tapi selalu kena katakan jangan.... hehehe takut gemuk punya pasal !

warga labuan sila la berkunjung dan merasa nasi lemak di masjid labuan town area. murah sedap dan pasti tak menyesal!

Wednesday, February 9, 2011

Cendawan Goreng Tepung

Another grandma Recipe, sangat sesuai pada mereka yang tak pandai makan cendawan. Its taste like chicken when u cook like this. Memang senang nak masak dan jgn risau pasal menyediaan. Mudah + cepat + sedap di makan.

BAHAN-BAHAN :

Cendawan
Tepung (saya gunakan tepung goreng ayam ADABI)
Telur

CARA MEMASAK :

1.Bersihkan cendawan
2. Celurkan pada telur , kemudian sebatikan dengan tepung
3. Goreng secara api perlahan sehingga garing

Saya suka menggunakan tepung ayam ADABI kerana penyediaannya tidak perlu garam , ianya sangat mudah , cubalah!

CuCUr udang kering Vs Sambal Sardin

Resepi ayah, kegemaran ayah.. dan sepinggan juga habis oleh ayah, orang tua-tua kata cucur bujang sangat senang dimasak dan sangat sedap dimakan bersama sardin atau sos atau ikut citarasa anda, Beza sardin yg dimasak adalah ada tambahan sayur. Opps saya lupa sayur tu nama apa org brunei kata"sayur belibit (c dady panggil belibit) hehehe

Pada hari tu betol betol tak selera nak makan nasi jadi rajin la pula buat cucur ni lama tak makan memang masyokkkkkkkkkkk... sehingga mengigit jari