Dah tahun 2011. Wuah.. cepatnya masa berlalu kan. Lama juga tak cooking and baking ni. Since this few days , badan rasa letih, lesu, kurang tido dan cuaca tak menentu badan ni perlu kan makanan yg berkhasiat untuk menjalani kehidupan harian yang sangat sibuk. So, I've been Decided to cook this delicious soup herb "Chinese Chicken Herb Soup" As u all know, saya sangat suka memasak atau membuat sesuatu yang sangat mudah dan sedap. Menu ini bukan sahaja sedap malah kekerapan meminumnya akan menyihatkan dan menguatkan badan.
Dengan campuran herba seperti Dang gui, Yok chor, Chuan xiong , ragi dan sebagainya, ia adalaha halal malah sangat senang dan sesuai diminum seisi keluarga. Saya mula tertarik pada menu ini apabila melihat salah seorang kawan saya(chinese) yg sangat peka terhadap kesihatan diri , beliau sangat obses dengan herba-herba ni. dan saya cuba mencari mencari bahan2 yg halal untuk saya mencubanya.
_______________________________________________________
BAHAN-BAHAN :-
1. 1kg Daging ayam
2. Sudu Kicap soya
3. Garam / Secukup rasa maggi
4. 8 mangkuk air (1.5 liter air)
5. Herba ( Dang gui, Yok chor, Chuan ziong , Ragi) boleh juga didapati dalam bentuk paket di pasaran , pastikan ia ada tanda halal bagi yang berugama islam
CARA-CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging ayam (saya mengunakan ayam chicken wings mudah dan cepat, anda boleh juga menggunakan ayam seperti paha atau dada)
2. Masukkan 8 mangkuk air bersama herba-herba yang telah dikumpul ke dalam periuk
3. selepas air mendidih , masukkan daging ayam,sos tiran, kicap soya, perasa tadi dan gunakan suhu yang sederhana masak selama 30minit .
4. Tambahkan lada putih dan hidangkan
5. Perlahankan api dan masak beberapa minit lagi untuk rasa yg lebih enak
Saturday, January 8, 2011
Sunday, December 19, 2010
Kek Ala Puding Horlick Chip Choc
Beberapa minggu ni sangat sibuk dengan projek baru for upcoming 2011. Walaupun tak dapat join intake jan - june 2011 for baking academy tapi hobi akan diteruskan namun komitmen masih pada my new upcoming projek. Bila da settle saya akan teruskan perjuangan sambung belajar dalam bidang baking dan memasak (insyalah) thanks sangat-sangat pada mereka yang sentiasa menyokong saya.
Dah sekian lama saya sibuk, teringin pula saya nak buat kek hari ni. Fuh, ke sana ke mari memang penat dengan meeting nya, paperwork nya... tapi hari ni nak off day sementara chilling at home and buat kek hehehe.. takder idea la nak buat kek apa... nk yg simple, "KEK ALA PUDING HorlicK CHIP CHOc" resipi sendiri juga...
Rasa tepi sangat rangup , Rasa di tengah seperti puding wuah ditambah lagi dengan chip choc sedap pula ek ? hehehe
BAHAN-BAHANya:-
128g Tepung berserbuk penaik
128g Tepung SV Optimal
120g Tepung jagung
128g serbuk Horlick
128g Gula Kastor
5 biji telur
280g Butter
1 kotak susu segar
1/2 sudu esen vanila & esen Oren
1/2 sudu pewarna coklet
________________________________________
Cara Memasak:
1. Masukkan gula Dan Butter , pukul hingga kembang.
2. kemudian campurkan semua jenis tepung (ayak) , masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
3. seterusnya, masukkan telur sebiji demi sebiji disusuli dengan susu segar (sekotak kecil)
4. Masukkan esen vanila dan esen oren , pukul hingga sebati .
5. Dan masukkan lagi pewarna coklet ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang .
6. Akhir sekali taburkan chip choc di atas adunan , Bakar 60min, 200'.

Sunday, November 21, 2010
Milo Chip Cake
Sunday Morning again... Tak tau nk bake apa.. Milo cake pun okey juga kan?? hehe seperti biasa recipe sendiri basic with choco cake cuma pertukaran kpd milo and tambahan kepada chip choco penyeri rasa , topping with cadbury choc mesti sedap! wow! mmg creamy tak manis, tak pahit agaknya... breakfast ngan 1 slice cake rasanya tak mengemukkan hehe janji tahu control. manis pun kena la kita kurangkan.
BAHAN-BAHAN:
250g Mentega
1 1/2 cawan gula castor
4 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan tepung berserbuk penaik
1 cawa serbuk milo
1 cawan chocolate chip
Topping;-
Chocolate cadburry
1 cawan susu segar
sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Pukul Mentega bersama gula sehingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul perlahan.
2. Tuang susu perlahan-lahan sambil adun dipukul perlahan.
3. Masukkan tepung dan serbuk milo sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul perlahan.
4. Kemudian pukul adunan hingga gebu. Tuang adunan di dlm acuan.
5. taburkan chocolate chip di atas acuan. Dan bakar sehingga masak (170' 40min)
6. Untuk penyedian topping. Campur semua bahan kacau segera. biarkan beberapa jam sebelum disapukan pada kek

Sunday, November 14, 2010
JeLLy Cheese Cake
weeehooo.. dah tengahari.. time to bake cake... hari ni jelly cheese cake. cheeese cake lagi.......... hahahaha~ ni la klu dah anak suka kita kenalah masak kan... saya rasa kali ni saya buat sangat mudah tapi rasanya makan masa. sebab kena tunggu jelly tu meresap.Jom!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
185g mentega
100g gula castor
2 biji telur
10g tepung super fine
___________________________
BAHAN B
250g keju krim
20g gula halus
1 camca teh esen vanila
1 biji telur
__________________________
BAHAN HIASAN
12g serbuk agar-agar segera
75g gula halus
250g air
sedikit pewarna oren
__________________________
CARA-CARA MEMBUATNYA:-
1. Cairkan mentega dan putar bersama gula halus. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Ratakan doh di dlm tin bakar. Tekap aluminium di atas adunan. Bubuh pemberat di atas kertas aluminium. Bakar pada suhu 180"c, 15 minit.
3. Pukul keju krim bersama gula hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul lagi.
4. Tuang adunan keju di atas adunan A. Bakar pada suhu 160"C selama 40 - 50minit. sejukkan sebelum dihias.
5. untuk hiasan agar-agar, didihkan agar-agar bersama gula, air dan pewarna oren, Tuang agar-agar pada permukaan kek yang sudah disejukkan.

Anel Lunch
Cuba teka! anel pun pandai hias kek hahaha sb dia suka sgt kek cheese terpaksa la saya buat lunch khas buat dia sorang, bayangkan kek saja dia makan tak mau nasi , tak mau benda lain... memang membesar dengan cheese la jawapnya . asalkan dia makan itu dah cukup. buat dlm bentuk love and full of cheese taste juz for HIM...
Simple Cook For my Cuzzy
Its my holiday at Kota kinabalu. Staying at Apartment dengan kelengkapan memasak , complete rasanya, apa lagi masak pon senang lah, cumanya xder garam, xder bawang, bahan2 sumer xder... hehehe... That day, my cuzzy lanna and kikin plan to come and visit me at hotel.. so they request wanna taste my cooked, nak masak lemak cili api gerenti x dpt kekeke so i have decided to cook sayur kubis yg da siap di potong and ayam msk black paper goreng. Sayur da siap kena potong bwng sumer takda... ayam pula saya beli yg separuh dada dan beli perencah maggi black paper, sos tiram yg keci, minyak yg keci dan yg paling utama.... "SECUKUP RASA" semuanya mudah bagi saya NO bawang, NO garam, NO kicap semuanya takda hidup mcm org bujang rasanya.... and it works..! wow! simple and suka tgk kikin mkn habis sepingan nasi penuh, lanna pula terpksa la tapau sebab tak dpt join atas sebab tertentu... its a nice day actually... miss it!
FOR CHICKEN BLACKPAPPER GORENG RECIPE:-
1. Isi ayam
2. 3 cubit secukup Rasa MAggie
3. 1 1/2 sudu kicap manis Adabi
4. 2 sudu sos tiram
5. Paket Blackpapper perencah maggie(ada dijual di pasaran)
Cara Memasak:
1. P0tong isi ayam secara dadu kecil 2cm .
2. Gaulkan bersama 1 1/2 cubit perencah secukup rasa MAggie bersama-sama 1 sudu sos tiram dan 1/2 sudu kicap manis.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam yg digaul sebati tadi dengan api yg panas (quick cook). Harus sentiasa digaul setiap 3 saat . setelah 3 min. kurangkan nyalaan api dan slow cook selama 2 min kemudian tuangkan 1/2 sudu teh sos tiram dan gaul ayam tadi lagi selama seminit dan tutup api . Ini adalah penting agar ayam tadi mempunyai isi yg lembut dalam masakan nyalaan api yg kuat.
4. Asingkan minyak dan tinggalkan minyak yang sama tadi 1/2 sudu teh kemudian tuang semula ayam yg digoreng tadi, selepas 5 saat, tuangkan blackpapper maggie tadi bersama air dan 1/2 sudu teh sos tiram serta kicap manis yg selebihnya dan biarkan mendidih sedikit.
5. Apabila kelihatan mendidih dan pekat angkat dan hidang.
Selamat Mencuba

ParatHa Tuna Lasagna
Sempena meraikan DEEPAVALI , kali ini saya memberanikan diri mencipta sesuatu yg lain dari yang lain. PARATHA Tuna LASAGNA. walaupun memerlukan masa membuatnya. tapi alhamdulilah resipe saya sendiri ini berjaya saya lakukan. kelainan dalam Lasagna ciptaan saya ini , saya mengunakan ROTI PARATHA sebagai penganti Lasagna yg sebenar, inilah yg dikatakan menu moden deepavali hehehe. 3 step perlu saya bahagikan , almaklumlah kali pertama memcubanya. saya juga memasukan tema sayur-sayuran dan makanan menyihatkan dalam lasagna saya.
BAHAN-BAHANnya:-
1. ROTI PARATHA
2. tepung jagung
3. serbuk lada hitam
4. Tomato paste
5. Cream Cheese
6. Susu segar/ boleh gunakan susu low fat(saya mengunakan lite milk)
7. Stok ayam
8. Tomato puri
9. Daging cincang / tuna / ayam (saya mencuba tuna)
10. pelbagai jenis sayur-sayuran seperti carot, tomato, salary etc
11. bawang besar,bawang merah bawang putih
12. rempah2 italian(boleh didapati di pasaraya)
13. cheese chedder
STEP 1
~ Membuat BOLOGNISE ~
1. Goreng bawang dan bawang merah (dengan potongan segi-segi)
2. Masukkan bawang putih (yang telah ditumbuk)
3. Masukkan sayur-sayuran pilihan anda
4. Kemudian masukkan daging cincang (saya mengunakan tuna)
5. taburkan sedikit rempah- rempah italian pilihan anda
6. taburkan juga sedikit lada hitam
7. masak sehingga sebati
8. setelah sebati masukkan tomato Puri , tomato paste, tuang segelas stok ayam ke dalam masakkan.
9. tunggu sehingga mendidih dan ketepikan.
_____________________________________________
STEP 2
~ Cheese Souse ~
1. Tuangkan Susu segar (lite milk) 3 gelas ke dalam periuk
2. kemudian masukkan tepung jagung 3 sudu besar , kacau
3. Masukkan juga cream cheese
4. hendakla sentiasa mengaul sos tersebut sehinggalah sos ini kelihatan sedang-sedang pekat dan "creamy" tutup api dan ketepikan.
____________________________________________
STEP 3
~ last step ~
1. susun bertingkat-tingkat seperti berikut :-
a. Bolognise
b. Paratha
c. Bolognise
d. Paratha
e. Sos cheese
f. kemudian taburkan sedikit hirisan chedder diatasnya
selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Subscribe to:
Posts (Atom)