Monday, August 3, 2015

Udang Goreng Kari & Telur Butter



Salam Syawal Semua , masih mood raya ? Tahun ni Adryna beraya dengan semuanya serba sederhana , alhamdulilah ... Anda pula bagaimana? Resipi kali ni masih bertemakan Udang , sedikit bosan asyik ayam di hari raya jadi Adryna mencuba lagi dengan sesuatu yang mempunyai kelainan . Bahan - bahan juga tidaklah mahal sangat .

" Udang Goreng Kari & Telur Butter "

Bahan - Bahan diperlukan : -

Udang 500gram ( Dibuang kepala dan dibersihkan )
Telur Kuning & Telur putih (2 biji Gred B diasingkan putih telur & kuning Telur)
60gram Butter (Salted)
Bawang besar (1 biji sederhana)
Cili padi (5 biji dihiris nipis)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit Secukup Rasa Maggi
3 Sudu kecil serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu kecil tepung jagung

-----------------------------------------------------

Cara - Cara Memasak :

1. Perapkan Udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah , secukup rasa maggi , tepung jagung dan putih telur yang telah diasing tadi . Gaul rata dan biarkan selama 5 minit .

2. Panaskan minyak , goreng udang yang telah diperap tadi sehingga sedikit kering . Angkat dan toskan .

3. Kuali yang berasingan , panaskan butter . Pukul laju menggunakan garfu Kuning Telur tadi . Kali ini kita perlu menggunakan kedua dua tangan untuk memasak , sebelah tangan untuk penggaul dan sebelah lagi untuk tuangkan telur . Di dalam kuali dengan butter yang panas setelah dicairkan , tuangkan kuning telur tadi perlahan-lahan dengan sedikit jarak tinggi dari kuali pada masa yang sama tangan sebelah lagi kacau dengan laju kuning telur tadi , lakukan proses ini berterusan tanpa henti . Apabila kelihatan sedikit berbuih , tutup api dan toskan telur hingga kering .

3. Biarkan Minyak butter tadi , di kuali yang sama panaskan kuali sekali lagi . Masukkan Bawang besar yang telah dihiris , masukkan cili padi , serbuk kari dan kacau rata , jika anda nak letak daun kari pun boleh untuk menaikkan lagi aroma bau masakan ini .

4. Masukkan telur butter tadi , gaul rata .

5. Disusuli Udang yang telah kita goreng , gaul rata .

6. Apabila rempah , Telur Butter dan Udang telah dicampur sebati dan digaul sebati , campurkan sedikit lagi secukup rasa maggi dan jika inginkan sedikit kuah anda boleh campurkan sedikit air masak bagi sedikit kuah .

7. Udang tersebut akan kelihatan pekat kerana di awal teknik goreng udang yang diperap kita telahpun ada tepung jagung di dalam udang .

8. Apabila sedikit mendidih , angkat dan toskan udang . Udang Goreng Kari & Telur Butter ini amat sesuai dimakan dengan nasi panas seisi keluarga
Selamat mencuba semua .

Friday, July 24, 2015

Udang Masak Telur Masin



Udang yang ditempah khas dah sampai , tambah - tambah lagi segar dari seberang perkara wajib bila dapat udang ni memanglah nak tunaikan hajat yang dah lama terpendam di hati untuk masak "Udang Masak Telur Masin" tambahan lagi sekarang musim semua kita kena berjimat cermat sebab kalau makan di luar dengan menu masakkan ni memang mahal . Jom kita mula masak yuk! Masak sendiri lebih sedap tau !

Bahan - Bahan diperlukan :

300gram Udang
1 biji Telur
4 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar butter
Cili padi - dihiris nipis
Segelas air masak
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 ulas Bawang putih
2 biji Telur Masin (Telur itik - direbus dan diambil kuning telur sahaja )
1 ketul Kiub Ayam

-------------------------------------------------------------------------
Cara - Cara Memasak :

1. Bersihkan udang gaulkan dengan sedikit garam, asingkan kuning putih telur dan pukul laju guna garfu putih telur tadi .
2. Celupkan udang dengan putih telur disusuli dengan tepung jagung , hingga selesai semua udang .
3. Panaskan minyak , Goreng udang hingga garing dan toskan .
4. Kuali Berasingan , panaskan butter hingga cair .
5. Masukkan Daun Kari , cili padi yang dihiris , gaul rata .
6. Apabila naik bau , masukkan kuning telur masin tadi gaul rata .
7. Kemudian Masukkan air , kiub ayam , gula dan secubit garam , serbuk lada hitam dan gaul lagi rata .
8. Apabila kelihatan sedikit berbuih , taburkan udang yang digoreng tadi , gaul sehingga sebati dengan kuah . Angkat dan toskan .

Tuesday, May 12, 2015

Cheesy Grill Potato Chip



Bahan - bahan :

Mozzarella Cheese Slice
Potato Chip ( yang belum masak , boleh didapati di pasaran )
1 biji telur
1 tsp lada sulah
1 slice daging turkey yg telah dipotong nipis
Salad
Lemon juice
Olive Oil

____________________________________________________
Cara - Cara Memasak :
1. Panaskan Oven selama 15 minit .
2. Pecahkan telur di atas mangkuk .
3. Susun potato chip di atas telur .
4. Susun turkey slice di atas potato chip tadi secara rawak .
5. Akhir sekali taburkan Mozzarella Cheese disusuli lada sulah .
6. Bakar selama 10 - 12 minit ke dalam ketuhar .
7. Sementara menunggu siap , potong sayur salad tadi gaulkan dengan olive oil dan perahan lemon juice .
8. Apabila siap , hiaskan salad di atas potato chip yang telah dibakar tadi .

Mudah kan? hanya memerlukan 20 minit untuk breakfast anda . Selamat mencuba semua .

Thursday, April 30, 2015

Ayam Goreng Kuah 5 Rempah



Resipi ayam goreng kuah 5 rempah ini perlukan sedikit ilmu mengenai ayam goreng yang telah diperap rapi semalaman untuk mendapat testure rasa yang lebih ayam dan rempah dalam ayam tersebut . Ia mungkin kelihatan lebih complicated tetapi sebenarnya sangat mudah dan sedap di makan , sekali lagi saya dapat memasak resipi ini dengan tanpa garam dan tanpa santan . Rasanya memang seolah olah rendang , gambarnya pula seperti ala ala masak kicap tetapi ianya bukan masak kicap . Uniknya di sini saya rasa itu seumpama lengkap dengan rempah ayam goreng yang sedia ada , kombinasi ini sangat menarik hati saya untuk berkarya dan untuk berkongsi resipi ini bersama anda semua .

BAHAN - BAHAN :
Ayam yang telah dipotong dadu dan diperap semalaman
Rempah 5 ( boleh didapati di pasaraya berdekatan berwarna sedikit coklet gelap )
2 sudu Gula
Secubit secukup rasa Maggi
1 sudu kecil rempah rendang
1 sudu kecil rempah kari
2 sudu lada kisar
2 sudu kerisik
1 tangkai daun kari (dibersihkan daunnya )
Bawang merah (ditumbuk halus)
Bawang putih (ditumbuk halus)
Halia (ditumbuk halus)
Serai
1 gelas air asam jawa ( diasingkan dari biji )
Minyak untuk memasak
--------------------------------------------------

BAHAN - BAHAN PERAPAN AYAM

Ayam
3 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil secukup rasa maggi / garam
Halia (ditumbuk halus )
bawang merah (ditumbuk halus )
bawang putih (ditumbuk halus )
Asam Jawa

* Gaul dan urut ayam bersama sama kesemua bahan di atas , biar sama rata jangan letak air dan biar ianya semulajadi bersama rempah rempah di atas , biarkan semalaman di dalam peti air *

___________________________________________________

CARA - CARA MEMASAK : -

1. Goreng ayam yang telah diperap , api biar perlahan apabila sedikit garing dan kelihatan warna seakan akan hitam pekat angkat ayam dan toskan.
2. Di kuali yg baru , panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bawang dan halia yg telah ditumbuk halus , goreng hinga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan rempah 5 , rempah rendang , rempah kari disusuli lada kisar , gaul rata masak hingga pecah minyak .
4. Apabila pes tadi pecah minyak , masukkan ayam yang telah digoreng tadi , gaul rata .
5. Curahkan air asam jawa , kemudian serai sedikit sahaja secukup rasa maggi dan gula , gaul rata . 6. Apabila sedikit kering , taburkan kerisik dan daun kari , gaul lagi . 7. Masak kesemua ramuan ini sehingga pecah minyak , TIPS : "senang jer macam mana nak tengok masakan kita dah pecah minyak sebenarnya , bila nampak minyak dah timbul dan seolah olah berbuih banyak itu maknanya dah pecah minyak Adryna belajar tips ni pun dari ibu " Masakan ini akan kelihatan sedikit hitam kerana rempah ayam goreng juga meresap ke dalam kuah .

SELAMAT MENCUBA SEMUA



Hidangan Ayam Goreng kuah 5 rempah ini juga sesuai dihidangkan bersama roti paratha

Friday, April 24, 2015

Kerang Panggang Sayur Tumis





Bahan - Bahan : -

Kerang panggang Adryna Gunakan Kerang panggang yang halal dalam tin
Sayur Kacang panjang
Lobak Merak
Bawang merah
Bawang putih
Jintan Manis
Sos Tiram
Kicap Manis
Secukup Rasa Maggi
Gula
Minyak memasak

_______________________________
CARA - CARA MEMASAK : -

1. Potong secara dadu sayur kacang dan lobak merah , bersihkan dan toskan .
2. Panaskan Minyak , masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih serta jintan manis .
4. Kemudian disusuli kerang panggang , kerang hendaklah kering . Gaul rata bersama bahan bahan tumisan tadi .
5. Selepas tu masukkan sos tiram dan sedikit kicap manis , gaul lagi sehinggang pecah minyak .
6. Masukkan sayur sayur yang telah dipotong dan dibersihkan tadi , gaul rata .
7. Apabila selesai semua bahan tadi masukkan sedikit sahaja serbuk secukup rasa maggi dan gula mengikut citarasa anda .
8. Gaul rata , masukkan sedikit air dan apabila mendidih dan kering bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi panas .

Thursday, April 23, 2015

Ikan Goreng Gulai Nenas


Salam semua , sebenarnya menu ni dah lama kita snap dan sediakan tapi masa sangat terhad nk update dalam blog buat semua tatapan blogwalkers sekalian . Resipi kali ni seperti biasa juga ringkas , masam manis pedas tetap ada , di mana tumpahnya darah melayu yer tak kalau tak pedas? Jom kita cuba siapa tahu menu ini akan menambat hati sesiapa sahaja orang tersayang kita bagi hidangan istimewa anda .

Bahan - Bahan :

Ikan Tenggiri dibersihkan dan dipotong
Nenas Adryna gunakan Nenas dalam tin
Bawang besar
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Air Asam Jawa
Secukup rasa Maggi
Garam
Gula
serbuk kunyit
Lada Kisar
Minyak
Sos Cili
Sos Tiram
CARA - CARA PENYEDIAAN :
1. Perap ikan yang telah siap dibersihkan bersama air asam jawa , sedikit garam , sedikit serbuk kunyit . Perapan haruslah 20minit atau 24jam agar rempah meresap ke dalam isi ikan , TIPS!! letakkan lebih perahan air asam jawa jika inginkan warna kehitaman semasa mengoreng dan Adryna suka menggunakan Asam Jawa yg masih mempunyai biji dalam paket lebih sedap berbanding yang instant .
2. Sementara menunggu perapan ikan , sediakan bahan bahan bagi pes masakkan . Masukkan bawang besar , bawang merah , bawang putih , halia , pes lada kisar . Kisar hingga sebati .
3. Goreng ikan hingga kegaringan , angkat dan toskan .
4. Panaskan minyak , masukkan pes yang telah siap dikisar tadi .
5. Apabila pecah minyak , masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram kemudian disusuli air asam jawa , api biar perlahan .
6. Gaulkan hingga rata apabila mendidih sedikit masukkan nenas , gaul lagi hingga pecah minyak dan masukkan sedikit serbuk secukup rasa maggi dan gula .
7. Apabila Mendidih dan kelihatan sedikit pekat , masukkan ikan yang telah siap digoreng sebentar tadi , gaul sebati .
8. Taburkan Cili padi / Lada dan Hirisan bawang besar , jika inginkan lebih kuah tambah air dan gaul rata lagi sehingga mendidih . Angkat dan hidangkan bersama Nasi panas .
Menu ini juga sesuai diganti dengan Ayam mengikut citarasa anda .


** Gambar Versi Ayam Goreng Gulai Nenas **

Selamat Mencuba Semua .

Monday, April 13, 2015

Pizza Cowboy


Hye semua , saya terima banyak PM di facebook nk sangat resipi "Pizza Cowboy" yg simple dan nipis saya buat tempoh hari . Opsss! nampak memang cowboy tapi serious sedap tau . Jomlah cuba sangat simple , mudah dan cepat sangat di masak . Tak perlu tunggu berjam jam di pizza hut ambik masa 20min untuk siapkan ( Tidak termasuk Doh) dan hanya 10 - 15min sahaja nak masak .
Di sini Adryna Sertakan bahan bahan Filling yang telah Adryna buat , insyallah kalau sempat nanti Adryna akan tunjuk direct macam mana nk buat adunan doh pastri untuk Pizza yer .

Bahan - Bahan filling : -
Tomato Puri
Lada Banggala dihiris nipis / dipotong dadu
Mozzarella Cheese diparut
Daging sebab nk cepat Adryna gunakan daging burger Ramlee
Sosej Cheese Adryna Gunakan Jenama Wise
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Garam / Secukup rasa

1. Adryna sangat sukakan Pizza yang nipis dan garing ala Dominos dan American style , sebab itu anda akan lihat pizza di dalam gambar ini sangat nipis . Jika kawan kawan sukakan Pizza yang tebal bolehla buat Doh Pastri lebih tebal dan mengikut citarasa anda .

2. Sebelum memulakan sesuatu pastikan anda panaskan Oven anda . Adalah penting bagi membuat pizza oven dipanaskan 20 minit atau lebih bagi memastikan doh dan ramuan filling adalah selari dan mudah masak . Oleh kerana Doh pastri Adryna nipis Adryna hanya memerlukan 180c suhu mengunakan api atas dan bawah .

3. Sementara menunggu Oven panas , Kita sediakan pizza kita selama 20 minit . Lenyekkan Doh mengikut bentuk yang anda inginkan taburkan tepung dan uli menggunakan tangan anda selari , setelah selesai , angkat sedikit saja doh tadi dan tiup di bahagian bawah doh pizza ini agar doh tersebut tidak melekat dan senang dialihkan kemudian .

4. Di atas Doh pastri tadi , taburkan parutan Mozzarella Cheese anda .

5. Dalam mangkuk yang sama tomato puri, gaulkan garam ke dalam tomato puri tadi hingga rata , kemudian sapukan di atas step 4 tadi secara bulatan menggunakan sudu bulat . Jika anda inginkan testure yang tidak masam dan lebih pedas anda boleh campurkan sos tiram atau sos chilli ke dalam tomato puri , Adryna sukakan testure tomato puri yang original jadi Adryna tak letak semua tu .

6. Kemudian taburkan sosej , daging , lada banggala secara rawak .

7. Taburkan lagi Mozzarela Cheese di atas step 6 , ini penting sebab kita suka tengok bila tarik pizza tu nampak cheese melekat macam "chewwy" fuh! memang mengiurkan .

8. Last Sekali , taburkan lada sulah di atas step 7 .

9. Bakar di dalam oven tadi selama 10 - 15minit .


Senang dan mudah kan? Apa yang penting , kita cuma perlukan bahan bahan apa yang kita mahukan . Jika kawan kawan sukakan lada lebih boleh letak lada , jika nak letak tomato pun boleh , nk tukar ke tuna ke ayam fresh ke boleh juga , janji kita buat ikut citarasa masing masing .
Selamat Mencuba tau !